Thursday, August 28, 2014

SELAMAT DATANG KE PKNS BERNAM JAYA MTB JAMBOREE 2014


MAKLUMAT TERKINI:

Perhatian kepada semua yang masih belum mengambil beg goodie diminta berbuat demikian segera di Pejabat Jualan PKNS Bernam Jaya sebelum jam 8.00 malam.

Pihak penganjur tidak menggalakkan pengambilan beg goodie pada hari kejadian (Ahad) bagi menggelakkan kesesakkan di tapak permulaan acara.
Pada hari ahad, kaunter beg goodie akan ditutup pada jam 7.00 pagi.

Harap maklum.



Jadual Acara:

6.00 pagi : Ketibaan petugas-petugas teknikal di lokasi acara.

6.30 pagi : Ketibaan peserta-peserta di tempat permulaan dan pengesahan akhir pendaftaran peserta.

7.00 pagi : Pengesahan pendaftaran berakhir dan kaunter pengambilan beg goodie ditutup.

7.15 pagi :  Pemerikasaan trek laluan oleh Marshal

7.30 pagi : Semua peserta berada di garisan permulaan acara.

8.00 pagiTaklimat teknikal dan keselamatan oleh Pengarah Acara.

8.15 pagi : Bacaan doa 

8.30 pagi : Pelepasan peserta (Flag-off)

11.00 pg  : Jangkaan ketibaan peserta pertama sampai di garisan penamat.
                    :  Pemberian 'Finisher medal' kepada peserta 

11.30 pagi   :  Sesi Cabutan Bertuah 'Out Side Lucky Draw dimulakan (Nombor plate bertuah akan dipamirkan di papan kenyataan.

12.00 tghari:  Makan tengahari mula disediakan.

12.00 tghari : Ucapan tetamu VIP.

12.30 tghari : Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut kategori

1.00-2.00ptg: Sesi cabutan bertuah 'Inside Lucky Draw' 

2.30 petang : Majlis penutup dan bersurai.



PENGAMBILAN BEG GOODIE:
TARIKH : 5HB & 6HB (JUMAAT & SABTU) DISEMBER 2014
MASA    : JUMAAT – 3.00 PM – 6.00 PM
    : SABTU – 9.00 AM – 6.00 PM
LOKASI : PEJABAT JUALAN HARTANAH PKNS BERNAM                   JAYA    ( Koordinat GPS N 3 39.450  E 101 32.200 )
                                         

PERHATIAN (*PENTING): SILA BAWA SENARAI NAMA PASUKAN BERSERTA SLIP BANK-IN / BUKTI BAYARAN SEMASA PENGAMBILAN BEG GOODIE.


PERHATIAN
Pendaftaran telah ditutup. Pihak kami kini sedang mengemaskini status pembayaran. Diminta kepada yang masih belum membuat bayaran sila berbuat demikian sehingga 22hb November.
NAMA PESERTA YANG TIDAK MEMBUAT BAYARAN AKAN DIKELUARKAN DAN DIGANTIKAN DENGAN NAMA PESERTA BARU YANG TELAH MEMBUAT BAYARAN Sekian, harap maklum.
Terima kasih.

DRI-FIT T-SHIRT PESERTA BERNAM JAYA MTB JAMBOREE:



PENGUMUMAN TARIKH TUTUP PENDAFTARAN:
Atas permintaan ramai, tarikh tutup pendaftaran BJJ14 telah dilanjutkan - SEBELUM 12hb NOVEMBER 2014.



HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH BAKAL MENANTI ANDA...








Istimewa bersempena Ulangtahun ke-50 PKNS, tambahan kategori baru iaitu 
Lelaki Masters Super Senior (51 tahun ke atas) akan diperkenalkan! 
Dibawakan khas untuk 'Super Otai' ...

**********************************************************
Finisher Medal Eksklusif bersempena Ulangtahun PKNS yang ke-50 tahun. 

Medal Eksklusif ini adalah 'Rare Item' yang perlu dimiliki oleh peserta-peserta Jamboree kerana bukan semua Jamboree yang anda sertai mengandungi 'Jubli Emas' 50 tahun. Ayuh!!! pastikan anda memilikinya dengan mendaftar segera bagi mendapatkan medal edisi terhad ini (limited edition)

 

Hadiah Cabutan Bertuah bakal menyusul...nantikan hadiah-hadiah menarik yang bakal dibawa pulang oleh peserta-peserta bertuah nanti!

**************************************************

Bersempena ulangtahun PKNS yang ke 50, kali ini..
PKNS BERNAM JAYA MTB JAMBOREE bakal kembali lagi dengan penganjuran yang lebih mantap dan mencabar. 

Jangan ketinggalan untuk menyertai acara MTB Jamboree terbaik tahun ini yang bakal menggegarkan 'Pintu Gerbang Utara Selangor' di Bernam Jaya. Tidak lupa juga dengan hidangan sajian yang lebih menyelerakan dan persembahan yang lebih meriah lagi menghiburkan!

Acara ini merupakan penganjuran kali kedua diadakan di Bernam Jaya selepas BJJ@2010 - Bernam Jaya Jamboree 2010 oleh pihak penganjur Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab PKNS MTB http://pknsmtb.blogspot.com/ dan Kelab Sukan Rekreasi PKNS.

Penganjuran kali ini juga akan dibantu oleh perunding acara The Race Master 


EVENT COMMITTEE
THE LANDMARK OF BERNAM JAYA